Makaroni Tomyam

Published in:

Hehehe. Hai.. Bunyi macam sedap je, kan? Well, memang sedap pon tau. Tapi, nih bukan makaroni letak dalam tomyam yang sup tuh. Haa. Resepi nih aku follow yang dah sedia ade kat botol pes tomyam Knorr. Tengok resepi macam senang, so aku follow je. Tapi takdelah follow exactly dlm tuh sebab bukan semua bahan ade. So, bagi yang ade bahan ape yang ade je, nih masakan paling simple korang boleh try.

Jom kita tengok ape bahan-bahan dan cara-cara nak buat makaroni tomyam nih. Pssssttt.. guna spageti pon boleh kalau nak. Hehe.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 2 biji bawang putih - dihiris
  • 1 biji lada merah - dihiris
  • 2 batang hot dog - dihiris
  • Sedikit cendawan butang
  • Beberapa biji tomato - dipotong
  • Sedikit sayur seleri - dihiris
  • 2 sudu pes tomyam - campur dengan air
  • Makaroni yang direbus dengan sedikit minyak dan garam
CARA-CARA:
  1. Sediakan makaroni yang direbus dengan sedikit garam dan minyak supaya ia tidak melekat.
  2. Toskan makaroni dan letak tepi dahulu.
  3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih, dan juga lada merah yang telah dihiris. 
  4. Setelah layu, masukkan hot dog dan juga cendawan butang.
  5. Setelah beberapa minit, masukkan pes tomyam yang telah dicampurkan dengan sedikit air.
  6. Kemudian masukkan kesemua makaroni yang telah direbus.
  7. Akhir sekali masukkan tomato dan juga sayur seleri dan gaul sehingga semuanya sebati, angkat, dan hidangkan.
Mudah je kan? Hehe. Tak perlu garam sebab dalam pes tomyam tuh dah ade garam rsenye. Hehe. Cubalah. Sekarang dah jadi febret aku pon. Hehe.

P/S: Gambar akan di update kemudian. Sorry!

Read More...

Ayam Goreng Sayur

Published in:

Haha aku tak tau nak letak tajuk ape sebenarnya. Tapi sebab aku punye ayam nih digoreng bersama-sama dengan sayur campur-campur, aku pun type je la tajuk tuh. So, bagi yang on diet dan rasa macam nak makan makanan sihat, aku rasa this will do. Simple, kejap, dan sedapppp. JOM!


BAHAN-BAHAN:

  • dada ayam
  • olive oil / sunflower oil / minyak apa-apa pun boleh
  • sayur campur (peas, capsicum, jagung, dan lain-lain)
  • garam
  • serbuk kunyit (tak nak pun takpe)
CARA-CARA:
  1. Basuh dada ayam dan kalau nak potong kecik2 pon boleh, tak nak pon boleh. Tapi make sure klau digoreng nanti bahagian dalam pun akan masak.
  2. Panaskan kuali yang telah dituang dengan sikit minyak.
  3. Masukkan dada ayam yang telah dibersihkan ke dalam kuali. Terbalik-terbalikkan ayam tersebut dan taburkan garam dan serbuk kunyit (sikit).
  4. Akhir sekali, masukkan sayur campur tadi dan goreng sehingga masak.
  5. Siap dihidang!
Sedap dan mudah, kan? Haa aku dah cakap, tanak caya. Well, aku kenyang makan satu portion. Korang try tengok cukup tak. Hehehe. Selamat mencuba!

Read More...

Tempoyak Ayam

Published in:

Hai!! So, skang nih tengah duduk kat negara orang: Finland kalau korang pernah dengar. Well, sure penah sebab diorang punye education nombor satu kot dalam dunia. Well, it is good. No doubt. Trust me. So, duduk negara orang nih punye lah payah nak cari makanan halal. And, barang2 masak makanan Malaysia pon macam payah wooo nak carik. Tapi ade je cuma kena jalan jauh and pandai2 cari lah. Kalau rajin lebih sikit, insyaAllah jumpe. Tapi kalau yang malas lebih banyak macam aku nih, memang kunyit hidup jadi serbuk kunyit je lah. Haha.

So, jom buat ayam masak tempoyak.


BAHAN-BAHAN:

  • ayam (kalau boleh jangan bahagian isi, nanti muak)
  • serai
  • cili padi
  • kunyit hidup / serbuk kunyit
  • asam keping / asam jawa
  • garam
  • gula
CARA-CARA:
  1. Basuh ayam bersih-bersih dan terus letakkan dalam periuk kosong.
  2. Ketuk serai dan letakkan bersama-sama dengan ayam dalam periuk tadi.
  3. Blender cili padi dan kunyit hidup (kalau xde, masukkan serbuk kunyit terus dalam periuk).
  4. Siap blender, tuang dalam periuk tadi dan tambah sikit air.
  5. Hidupkan api dan masukkan tempoyak seberapa banyak yang anda suka.
  6. Tunggu dia mendidih letakkan garam, gula, dan air asam / asam keping sesedap rasa.
  7. Setelah ayam empuk, tutup api dan hidangkan.
Tuh saja. Mudah, bukan? Hehe. Selamat mencuba!

Read More...

Biskut Marie Cheese Cake

Published in:

Hai! Kali ni nak share resipi untuk buat kek paling simple dalam dunia. Ye ke dalam dunia? Hehe, mungkin.. Tapi dalam dunia saya je la. Tak tau pulak kalau dalam dunia orang lain simple ke tak resipi ni. Tapi takpe la. Apa yang ada saya share je la, ok?

Sebenarnya ni baru kali ke-3 saya cuba resipi ni. Selalu buat untuk diri sendiri. Tapi kali ni sebenarnya adik saya yang nak buat kek ni. Nak dijual dekat kawan-kawan katenye. Dan, malangnya saya terlupa nak amek gambar sepanjang proses nak buat kek ni. Maaf..

Jadi, jom kita mulakan!

Read More...

makaroni goreng

Published in: Labels:

Alhamdulillah. 1st entry from me. Resipi dan gambar yang dah lama tersimpan.

Read More...

Makaroni & Sup Ayam

Published in: Labels: ,

Bunyinya macam sedap tak? Haa kalau untuk mereka yang memang tengah lapar gila tuh, memang akan terliur-liur punyalah. Baru baca tajuk; belum baca bahan-bahannya lagi. Dan belum tengok gambarnya lagi. Hehe psychology je tuh. Jangan terpedaya sangat.

Read More...

Selamat Datang!

Published in:

Okay jadi sekarang saya mahu berkongsi dengan anda semua, resipi resipi yang saya rasa saya nak kongsi lah! Ia tak specific kepada sesuatu masakan sahaja, tetapi kepada pelbagai masakan la. Nama pun Resipi Bagai, tak gitu? Okay. Look forward to your comment, everyone!

Enjoy reading and trying all the recipes! =)

Read More...